Ketahui Larangan Ketika Mengadakan Majlis Perkahwinan

Ketahui Larangan Ketika Mengadakan Majlis Perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ibadah yang disukai Allah kerana telah melengkapkan separuh daripada tuntutan dan keperluan sebagai seorang manusia.

Selain itu, meraikan perkahwinan juga merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh agama dan fitrah. Namun harus diteliti, bagaimana sesebuah majlis perkahwinan mendapat keberkatan dan redha Allah s.w.t dengan menjauhkan perkara-perkara terlarang.

1 – Tidak Seperti Upacara Perkahwinan Agama Lain

Sebagai perkahwinan yang menuntut keberkatan Allah, jauhilah perkahwinan yang dalamnya terdapat perkara-perkara terlarang. Begitu juga sesebuah perkahwinan yang mencampuradukkan budaya dan agama yang bertentangan dengan Islam.

Dalam hal bersanding, ianya dibolehkan jika hanya disaksikan oleh saudara mara dan mahramnya dan tidak bersandingan di atas pelamin dan diiringi dengan upacara tepung tawar dan sebagainya.

2 – Tidak Bercampur-Aduk Antara Lelaki Dan Perempuan

Percampuran lelaki yang dimaksudkan adalah perhimpunan yang boleh berlakunya pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan. Sebaiknya asingkanlah tempat berkumpul antara kaum lelaki dan wanita agar tidak berlaku percampuran.

3 – Tidak Bermegah-Megah Dan Bertujuan Membangga Diri

Bermegah dan membangga diri sangat dilarang dalam apapun perkara dan perbuatan. Menurut Imam al-Ghazali;

Dalam hal perkahwinan, selalu kelihatan perbuatan berlumba-lumba dan bersikap riak dalam membuat majlis secara besar-besaran, walaupun terkadang majlis tersebut di luar kemampuan mereka. Jauhilah mengadakan majlis dengan tujuan ini.

4 – Elakkan Pembaziran

Pembaziran sering berlaku dalam pelbagai aspek, teutamanya dalam kewangan dan makanan. Ramai pasangan pengantin hari ini yang mengutamakan set pelamin, sesi bergambar, set hantaran yang mahal dan mewah, upah mekap dan sebagainya.

Ini juga menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya lebih dipentingkan, menyediakan makanan yang mencukupi, melayani tetamu yang hadir, solat fardu dan sebagainya.

5 – Membuka Aurat Dan Berlebihan Dalam Berhias

Perbuatan inilah yang paling dirisaukan kerana semakin banyak berlaku dalam kalangan pasangan yang berkahwin, terutamanya kaum wanita. Kadang-kadang terdapat wanita yang asalnya bertudung dan menutup aurat, tetapi mengenakan pakaian yang menampakkan aurat pada hari perkahwinannya.

Selain itu, sudah sinonim para pengantin wanita untuk mencukur kening dan memakai rambut palsu bagi kelihatan lebih cantik. Hal itu sebenarnya sangat dimurkai Allah. Ini termasuklah baju pengantin yang jarang, menampakan tubuh, dan singkat. Allah s.w.t berfirman:

6 – Sesi Nyanyian Dan Muzik

Sesi menyanyi (karaoke) dan bunyian muzik juga antara aktivit yang sangat popular dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Islam hari ini. Sehinggakan majlis yang tidak ada bunyian dan muzik pula amat sukar ditemukan.

Tidak apa sekiranya nyanyian tersebut adalah zikir dan nasyid yang mengingatkan manusia ke arah kebaikan. Yang dibimbangkan adalah nyanyian yang melalaikan, lebih risau jika ada nyanyian dari golongan wanita yang menjadi tumpuan para lelaki.

 

Sources Dari : Apakes

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

ketahui-larangan-ketika-mengadakan-majlis-perkahwinan-blivehub-berita